Forum Peranan Alumni Dalam Menjana Pendanaan Alma Mater

Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan bersama Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) dengan sukacitanya merakamkan penghargaan kepada YBhg Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), atas kesudian beliau menjadi panel Forum Peranan Alumni Dalam Membantu Penjanaan dan Pendanaan Alma Mater bersempena Ulang Tahun Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia 2022 pada 18 Julai 2022.

Forum ini turut disertai oleh panel-panel hebat yang lain, iaitu:

  • YBhg Dato’ Dr. Shakir Husein Khalid (Naib Presiden Persatuan Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin, UnisZA)
  • YBrs Dr. Razali Othman (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Endowmen Majlis Daerah Hulu Selangor, MDHS)

Acara ini berjaya memberi fokus kepada peranan penting alumni dalam menyokong usaha pendanaan dan pembangunan universiti melalui sumbangan strategik, kerjasama, dan jaringan profesional. Diharapkan inisiatif ini akan terus menggalakkan alumni untuk memberi sokongan yang lebih kukuh kepada alma mater masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *