“Ada memori yang tak akan pudar walau masa terus berlalu…”
“Ada detik yang patut dikenang dan dikongsi… untuk selamanya.”
25 tahun bukan satu perjalanan yang singkat. Di sebalik setiap bangunan, setiap kuliah, setiap tapak kaki yang menapak di bumi UTeM (dulunya KUTKM), tersimpan kisah hidup yang hanya anda, sebagai alumni, mampu ceritakan.
Kini, sempena sambutan Jubli Perak UTeM, kami membuka ruang eksklusif untuk anda menyumbangkan satu kenangan paling bermakna, lucu, manis, pahit atau luar biasa sepanjang berada di kampus. Cerita anda mungkin jadi inspirasI generasi baru, malah akan diabadikan dalam buku rasmi “Garis Masa UTeM 25 Tahun” (GMU25) — buku istimewa yang akan dilancarkan sebagai simbol sejarah dan legasi warga teknikal negara.
🎁 Hadiah Istimewa Menanti
✅ Cerita terbaik akan dipilih untuk dimuatkan dalam buku GMU25.
✅ Penulis yang terpilih akan menerima naskhah eksklusif secara PERCUMA.
✅ Anda juga akan dijemput sebagai tetamu khas ke Majlis Pelancaran Rasmi GMU25.
📩 Hantar cerita anda sekarang melalui email berikut:
👉 autem.my@gmail.com
🕔 Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2025
Jangan biarkan kisah anda hilang ditelan masa.
Ini masa kita menulis semula sejarah – dengan suara kita sendiri.
UTeM sebuah University yang terunggul dalam TVET